Sunday, February 28, 2010

TIRU@CONTOH@JADI DIRI SENDIRI?

Penulis tertarik dengan salah satu teknik yang entah betul atau tidak kesan praktikalnya. Teknik ini penulis dapat dari salah seorang sahabat penulis yang kebetulan satu bilik dan sahabat ini sudah lama terlibat dengan khidmat runding cara dan kaunseling. Sahabat ini pernah kata jika kita mahu jadi macam seseorang yang hebat atau pandai kita letakkan nama atau gambarnya ditempat yang kita selalu nampak contoh( sebelah cermin ke). Namun yang peliknya patut atau tidak jika gambar itu gambar berlainan jantina..itu bukan persoalannya sebenarnya.

Mari kita nilai sendiri:

1. Menjadi diri sendiri. Sifat ini lebih rasional jika logiknya kita nak hindari sifat hipokrit. Namun sejauh mana kita memotivasikan diri tanpa bantuan atau tolakkan dari satu pihak yang lain. Kita hidup mesti dalam jemaah. Mana boleh hidup sorang – sorang. Contoh kalau ahli politik, jika hidup sorang sorang tanpa bantuan orang lain siapa nak tolong buat kempen dan gantung poster.hehehe sekadar contoh. Maksud penulis jadi diri sendiri adalah setiap orang perlu ada prinsip tersendiri..ketegasan..dan identiti sendiri.


2. Meniru orang lain.ok yang ini pula kita boleh kaitkan dengan melekatkan gambar orang orang hebat supaya boleh termotivasi. Ok mungkin secara mata kasar kita boleh katakan akan termotivasi. Tapi sejauh mana kita yakin kita tak terikut ikut cara individu yang kita kagumi itu. Mungkin paling tidak cara bercakap atau berfikir. Jangan sesekali untuk meniru trademark atau penampilan atau sesuatu yang boleh orang sekeliling kita dapat cam yang kita terlalu mengikut. Tapi lagi bagus jika meniru sesuatu yang baik. Contohnya jika kita kagum dengan Tuan Guru Nik Aziz Nik Mat. Maka kita letakkan gambarnya. Kita contohi sifat sederhana pemimpin ini dan kita contohinya...contoh..

Sekadar perkongsian pemikiran yang agar tidak teratur gaya penyampaian.. harap maaf segala yang kurang itu datang dari penulis dan yang baik itu dari Allah.hakikatnya dua dua datang dari Allah swt.

sns

No comments:

Post a Comment