Wednesday, March 17, 2010
AYUH KITA GEGARKAN!!!

Tarikh : 20 Mac 2010 ( Sabtu )
Tempat : DEWAN CENTRUM SETIAWANGSA, JALAN SETIAWANGSA 13, TAMAN SETIAWANGSA, 54200 KUALA LUMPUR. ( berhampiran Sekolah Kebangsaan Setiawangsa & Medan Selera Taman Setiawangsa )
Anjuran : Solidariti Mahasiswa Malaysia ( SMM )
- Terbuka kepada seluruh anak muda mahasiswa & orang awam -
Monday, March 1, 2010
SUSAH KE JADI AHLI POLITIK NI?
Sebagai makhluk yang paling istimewa telah Allah ciptakan, kita telah ditugaskan untuk menjadi khalifah dimuka bumi. Antara tugas sebagai manusia ini adalah memakmurkan dan mentadbir bumi berpandukan panduan yang telah Allah kurniakan selain beribadah dan mengabdikan diri pada sang pencipta. Sama ada berjaya atau tidak hasilnya yang penting ada usaha yang bersungguh. Berbalik pada tajuk utama pada post kali ini. Susah atau tidak menjadi seorang ahli politik? Untuk memimpin orang lain kita harus memimpin diri sendiri sendiri dahulu. Penulis begitu kagum dengan salah seorang tokoh pemimpin zaman iaitu khalifah Umar Abd Aziz, yang tidak menggunakan harta kerajaan, apabila tamat sahaja waktu bekerja beliau akan menggunakan lilin untuk mengantikan lampu. Dan seperti Saidina Umar Al-khattab akan turun melihat keadaan rakyat pada waktu malam dengan menyamar sebagai orang biasa.
Jadi adakah pemimpin kita sekarang ada sifat sifat seperti pemimpin pemimpin agung sewaktu zaman khalifah terdahulu. Barangkali ada tapi segelintir, yang ada hanya terhegeh hegeh turun kepada rakyat untuk meraih simpati rakyat apabila masuk musim mengundi. Selepas sahaja habis pengumuman kemenangan semua hilang. Agaknya peruntukkan telah dihabiskan semua ketika kempen kempen dijalankan. Yang paling asyik sangat berlawan untuk rebut kerusi siapa MB sebenarnya sampai terabai rakyat. Apa nak jadi lah dengan perangai hodoh seperti ini. Mungkin penulis tidak berada sebagai ahli politik makanya boleh la kita berpandangan begitu. Namun situasi nya tetap sama saban tahun. Tidak takutkah diakhirat kelak akan dipersoalkan tentang amanah amanah yang telah diberikan jika kita tidak jaga amanah itu..sejauh mana ketidaklibatan pemimpin kerajaan dengan jenayah rasuah.
Sebenarnya penulis ingin sangat bertemu dengan seorang pemimpin yang berjiwa mendengar. Boleh menjadi pendengar yang baik pada rakyat. Contoh sudah ada, bukan sewaktu zaman khalifah, abad ini juga masih ada. Seperti presiden Indonesia yang sudi mendengar rintihan rakyat rakyat, terutama mahasiswa. Dengan membenarkan demonstrasi jalanan. Penulis mendapat cerita dari rakan di indonesi hampir saban minggu ada sahaja demonstrasi bantahan. Pemimpin disana tidak cepat melatah tidak pula di tangkap dan di dakwa menggugat keamanan negara. Tetapi di sini aduh, belum sempat berkumpul untuk demonstrasi lagi sudah di soal macam macam, diperiksa kad pengenalan, dan di ugut supaya meninggalkan tempat demonstrasi. Demokrasi apa macam ni.
Sekadar pandangan melalui pengalaman dan pembacaan.
sns
Sunday, February 28, 2010
APABILA SYEIKH MUSTAFA MASHYUR BERPESAN PADA MUSLIMAH..
Wahai saudariku yang muslimah yang berada di jalan jihad. Saudari pula memainkan peranan yang penting di dalam bidang jihad. Perana saudari bermula dari rumah tangga,iaitu dengan mentarbiyahkan generasi generasi, membesarkan mereka dan meyiapkan mereka untuk berjihad. Wanitalah yang memproses lelaki. Bagi wanita- wanita muslimat, mereka mengajar anak anak mereka tentang peperangan –peperangan sama seperti mereka menghafazkan anak –anak mereka satu surah al-quran.
Begitu juga, seorang ukhtul. Muslimat yang menghidupkan roh jihad adalah menjadi pembantu kepada suaminya. Ia menggesa suaminya supaya berjihad.bukan menjadi fitnah kepada suaminya, ataupun melemahkan dan menghalangnya. Ia juga selalu menggelokkan penjagaan harta dan anak-anaknya suaminya sepanjang ketiadaan suaminya yang sedang berjihad. Pada masa dahulu seorang wanita muslimah itu memainkan peranan yang penting di medan jihad. Ia telah melakukan kerja memberi minum tentera dan merawat orang yang luka. Bahkan kadangkala wanita itu turut seta menghunuskan senjata. Contohnya ialaah seperti yang telah dilakukan oleh Ummu Nusaibah binti Kaab kerana mempertahankan Rasulullah saw dalam peperangan Uhud.
(syeikh Mustafa Mashyur)
sns
TIRU@CONTOH@JADI DIRI SENDIRI?
Penulis tertarik dengan salah satu teknik yang entah betul atau tidak kesan praktikalnya. Teknik ini penulis dapat dari salah seorang sahabat penulis yang kebetulan satu bilik dan sahabat ini sudah lama terlibat dengan khidmat runding cara dan kaunseling. Sahabat ini pernah kata jika kita mahu jadi macam seseorang yang hebat atau pandai kita letakkan nama atau gambarnya ditempat yang kita selalu nampak contoh( sebelah cermin ke). Namun yang peliknya patut atau tidak jika gambar itu gambar berlainan jantina..itu bukan persoalannya sebenarnya.
Mari kita nilai sendiri:
1. Menjadi diri sendiri. Sifat ini lebih rasional jika logiknya kita nak hindari sifat hipokrit. Namun sejauh mana kita memotivasikan diri tanpa bantuan atau tolakkan dari satu pihak yang lain. Kita hidup mesti dalam jemaah. Mana boleh hidup sorang – sorang. Contoh kalau ahli politik, jika hidup sorang sorang tanpa bantuan orang lain siapa nak tolong buat kempen dan gantung poster.hehehe sekadar contoh. Maksud penulis jadi diri sendiri adalah setiap orang perlu ada prinsip tersendiri..ketegasan..dan identiti sendiri.
2. Meniru orang lain.ok yang ini pula kita boleh kaitkan dengan melekatkan gambar orang orang hebat supaya boleh termotivasi. Ok mungkin secara mata kasar kita boleh katakan akan termotivasi. Tapi sejauh mana kita yakin kita tak terikut ikut cara individu yang kita kagumi itu. Mungkin paling tidak cara bercakap atau berfikir. Jangan sesekali untuk meniru trademark atau penampilan atau sesuatu yang boleh orang sekeliling kita dapat cam yang kita terlalu mengikut. Tapi lagi bagus jika meniru sesuatu yang baik. Contohnya jika kita kagum dengan Tuan Guru Nik Aziz Nik Mat. Maka kita letakkan gambarnya. Kita contohi sifat sederhana pemimpin ini dan kita contohinya...contoh..
Sekadar perkongsian pemikiran yang agar tidak teratur gaya penyampaian.. harap maaf segala yang kurang itu datang dari penulis dan yang baik itu dari Allah.hakikatnya dua dua datang dari Allah swt.
sns
Tuesday, February 23, 2010
DARI BILIK BERITA
PASIR MAS, 24 Feb: Sikap membisu Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak terhadap isu tuntutan royalti minyak dianggap mengundang beban kepada Pengerusi Perhubungan Umno Kelantan, Datuk Seri Mustapa Mohamed apabila sibuk menafikan hak Kelantan.
Pengerusi Jawatankuasa Tuntutan Royalti Petroleum Negeri, Datuk Husam Musa berkata, sikap membisu Najib menyebabkan kredibiliti dipertikaikan sehingga Mustapa menjadi mangsa.
“Sepatutnya Perdana Menteri yang bercakap bagi menjawab isu ini. Ambo (saya) minta Datuk Pa tak usah campur hal ini, biar Perdana Menteri sendiri yang bercakap.
“Sebab dia (Mustapa) bukan menteri berkaitan dalam isu tersebut. Rakyat semua tahu dia tidak kena mengena dalam soal ini,” katanya pada ceramah isu semasa di mini stadium di sini, malam tadi.
Kira-kira 5,000 penduduk tempatan mengikuti ceramah tersebut yang turut dihadiri Setiausaha Agung Parti Keadilan Rakyat, Saifuddin Nasution Ismail.
Jumlah kehadiran tersebut jauh mengatasi mereka yang hadir pada ceramah penjelasan isu royalti yang dianjurkan Umno baru-baru ini, biar pun angka diberi media harian juga 5,000 orang.
Perdana Menteri juga sehingga kini gagal menjawab dua surat yang dihantar Menteri Besar, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat berkaitan isu royalti.
Husam turut melahirkan rasa hairan mengapa Mustapa yang juga Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri mengatur pelbagai program menafikan hak Kelantan ke atas royalti.
“Sebelum ini beliau bersama timbalannya, Datuk Dr Awang Adek Hussin bermati-matian menafikan Kelantan ada hak ke atas royalti.
“Namun selepas Perdana Menteri menjelaskan akan memberi wang ihsan, tiba-tiba beliau mengakui ada hak. Pemimpin apa macam itu,” katanya.
Beliau yang juga anggota Exco kerajaan negeri menjelaskan, kerajaan negeri akan terus memperjuangkan tuntutan tersebut walau dengan apa cara sekali pun demi manfaat rakyat.
(petikan dari harakahdaily.net.)
Sedikit info
Dakwah Am.(menurut Al syahid Imam Hassan Al Banna)
Tujuannya.
1. Mendidik umat
2. Membangkitkan rakyat
3. Mengubah tradisi umum
4. Mensucikan jiwa
5. Membersihkan rohani
6. Mengmandangkan prinsip prinsip kebenaran
7. Jihad
8. Berkerja
9. Sifat sifat keutamaan di tengah tengah manusia


