Wednesday, March 17, 2010
AYUH KITA GEGARKAN!!!

Tarikh : 20 Mac 2010 ( Sabtu )
Tempat : DEWAN CENTRUM SETIAWANGSA, JALAN SETIAWANGSA 13, TAMAN SETIAWANGSA, 54200 KUALA LUMPUR. ( berhampiran Sekolah Kebangsaan Setiawangsa & Medan Selera Taman Setiawangsa )
Anjuran : Solidariti Mahasiswa Malaysia ( SMM )
- Terbuka kepada seluruh anak muda mahasiswa & orang awam -
Monday, March 1, 2010
SUSAH KE JADI AHLI POLITIK NI?
Sebagai makhluk yang paling istimewa telah Allah ciptakan, kita telah ditugaskan untuk menjadi khalifah dimuka bumi. Antara tugas sebagai manusia ini adalah memakmurkan dan mentadbir bumi berpandukan panduan yang telah Allah kurniakan selain beribadah dan mengabdikan diri pada sang pencipta. Sama ada berjaya atau tidak hasilnya yang penting ada usaha yang bersungguh. Berbalik pada tajuk utama pada post kali ini. Susah atau tidak menjadi seorang ahli politik? Untuk memimpin orang lain kita harus memimpin diri sendiri sendiri dahulu. Penulis begitu kagum dengan salah seorang tokoh pemimpin zaman iaitu khalifah Umar Abd Aziz, yang tidak menggunakan harta kerajaan, apabila tamat sahaja waktu bekerja beliau akan menggunakan lilin untuk mengantikan lampu. Dan seperti Saidina Umar Al-khattab akan turun melihat keadaan rakyat pada waktu malam dengan menyamar sebagai orang biasa.
Jadi adakah pemimpin kita sekarang ada sifat sifat seperti pemimpin pemimpin agung sewaktu zaman khalifah terdahulu. Barangkali ada tapi segelintir, yang ada hanya terhegeh hegeh turun kepada rakyat untuk meraih simpati rakyat apabila masuk musim mengundi. Selepas sahaja habis pengumuman kemenangan semua hilang. Agaknya peruntukkan telah dihabiskan semua ketika kempen kempen dijalankan. Yang paling asyik sangat berlawan untuk rebut kerusi siapa MB sebenarnya sampai terabai rakyat. Apa nak jadi lah dengan perangai hodoh seperti ini. Mungkin penulis tidak berada sebagai ahli politik makanya boleh la kita berpandangan begitu. Namun situasi nya tetap sama saban tahun. Tidak takutkah diakhirat kelak akan dipersoalkan tentang amanah amanah yang telah diberikan jika kita tidak jaga amanah itu..sejauh mana ketidaklibatan pemimpin kerajaan dengan jenayah rasuah.
Sebenarnya penulis ingin sangat bertemu dengan seorang pemimpin yang berjiwa mendengar. Boleh menjadi pendengar yang baik pada rakyat. Contoh sudah ada, bukan sewaktu zaman khalifah, abad ini juga masih ada. Seperti presiden Indonesia yang sudi mendengar rintihan rakyat rakyat, terutama mahasiswa. Dengan membenarkan demonstrasi jalanan. Penulis mendapat cerita dari rakan di indonesi hampir saban minggu ada sahaja demonstrasi bantahan. Pemimpin disana tidak cepat melatah tidak pula di tangkap dan di dakwa menggugat keamanan negara. Tetapi di sini aduh, belum sempat berkumpul untuk demonstrasi lagi sudah di soal macam macam, diperiksa kad pengenalan, dan di ugut supaya meninggalkan tempat demonstrasi. Demokrasi apa macam ni.
Sekadar pandangan melalui pengalaman dan pembacaan.
sns


