Usah sentiasa selesa dengan keadaan diri anda sekarang. Tunggu apa lagi? Penulis semakin mual dan bosan dengan sikap sesetengah individu tidak kira lah dalam kelas, persatuan,yang begelar pejuang namun bila diberi sesuatu tugas atau pun ditaklifan memegang sesuatu port folio. Ada sahaja yang akan melengkapkan sesi perbahasan dengan ‘Saya tidak layak’...”saya tidak mampu, orang lain lebih layak”...’saya bimbang tak terbuat”...dan macam macam lagi ungkapan yang akan keluar dari mulut yang tidak mahu perubahan dan belajar tentang sesuatu.
Ya benar kita perlu lakukan sesuatu mengikut kemampuan diri. Namun jika belum buat lagi dah kata tak mampu itu bukan ikut kemampuan tapi bacul dan malu tak kena tempat namanya. Jika bukan kita, diri anda dan semua yang bergelar ahli gerakan Mahasiswa siapa lagi yang nak buat?.. tepuk kepala tanya otak..
Sampai bila nak duduk di takuk lama..terutama mahasiswi. Hanya muka yang sama, yang turun demo dia, yang keluarkan idea kritis dia yang lain mengganguk dengan penuh ketaatan...kadang kala yang bekerja ke hulu ke hilir pun dia. Bukan gila kuasa atau gila kerja, tapi dah tak ramai yang nak cuba untuk buat sesuatu yang lebih mencabar. Apa kata ubah dan belajar. .. ayuh buka langkah untuk perubahan kepada sesuatu yang lebuh baik. Ayuh..ayun kan langkah mu dengan lebih laju lagi.. rakyat perlukan mahasiswa untuk membantu mereka kearah kesedaran dari yang batil kepada yang hak..
-sns-



No comments:
Post a Comment