Wednesday, February 17, 2010

AUKU oh AUKU


Tekanan dari kerajaan. Apa lagi mestilah kita kaitkan AUKU. AKTA UNIVERSITI DAN KOLEJ UNIVERSITI. ISHK...ISHK....ISHK.....penulis akui, penulis tidak lah sudah lama di alam kampus. Tetapi penulis pernah di kecam dengan AUKU ni time mula mula terjebak dengan tidak sengaja demonstrasi Anti Israel.. tapi demo tu tak ada kaitan pun dengan AUKU. Cuma ada sahabat takut takutkan. Pada mulanya penulis tak berapa menarik nak tahu tentang AUKU ni. Bila tanya pada senior senior, semua nya marah dan harap Auku ni dimansuhkan. Jadi, penulis ambil inisiatif sendiri mengali apa itu AUKU yang digunakan untuk mengugut aktivis mahasiswa.

Pihak tertentu telah lakukan macam macam cara supaya gerakan mahasiswa tidak terus bertapak. Maka timbul lah projek terbaru kerajaan iaitu mewajibkan mahasiswa menyertai BIRO TATANEGARA(BTN). dalam post akan datang penulis akan bawakan kisah sahabat sahabat yang pernah menyertai BTN.

Penulis nak cerita satu kisah sewaktu penulis di kampus lama. Pimpinan pelajar dan beberapa pelajar yang agak rapat dengan HEP termasuk la penulis dijemput untuk menyertai satu majlis rasmi di Putrajaya. Yang peliknya kata majlis perasmian sesuatu yang berkaitan dengan belia. Bila penulis tanya lebih lebih pihak HEP beri jawapan tak berapa nak tahu sangat tentang majlis dan memenuhi undangan. Tambah pelik kami yang pergi ni majoriti pelajar perempuan. Dan digalakkan untuk memakai pakaian berwarna pink. Sampai saja penulis dan satu rombongan di tempat majlis berlangsung. Penulis semakin pelik, tapi bercampur teruja. Mana tidaknya depan mata menteri menteri dan pemimpin wanita UMNO depan mata. Maka penulis dan kawan kawan yang lain mengambil kesempatan untuk bersalam dengan mereka. Bertambah timbul kepelikan, dan semuanya terbongkar bila kami masuk ke dewan majlis berlangsung rupa rupanya majlis perhimpunan puteri Umno dan putera Umno. Kami pun terlibat sekali memeriahkan perhimpunan yang ternyata mengarut dan membosankan bagi seorang pelajar seperti penulis. Geram memang geram, tapi tak pula kami dikecam dengan AUKU siap dapat isi borang keahilian sebagai puteri Umno lagi. Tetapi jika sebut je terlibat dengan program atau himpunan atau demonstrasi membangkang kerajaan mula la kitab AUKU keluar.

Renung-renungkan...mahasiswa perlu bijak memilih jalan sendiri...

p/s: dengar khabar Datuk seri khalid Nordin bawa isu pindaan AUKU ni ke Parlimen. Sejauh mana hasilnya nanti kita tunggu dan lihat....

sekadar pandangan peribadi.

No comments:

Post a Comment