(SULTAN MUHAMMAD AL FATEH)
Teguhmu membangun Ummah, Tafakurmu mendamba hidayah.
Pendirianmu membela maruah, dikaulah remaja yang sempurna.
Andai nafsu dapat kau tawan, tangisanmu hanya kerana Tuhan.
Hatimu terpaut pada RumahNYA, nikmat syurga akan kau rasai...Amin..
Bait bait kata di atas adalah hadiah semangat yang ditulis dalam diam diam oleh sahabat penulis di dalam diari kerja penulis. Disaat penulis dan team sibuk dalam satu gerak kerja. Pesanan dari seorang sahabat lagi, jangan dek kerana terlalu sibuk dengan gerak kerja untuk ‘Islam’, jangan sampai mulut terkunci untuk zikrullah, jangan biar hati mati terlupa untuk sentiasa betulkan nawaitu kita. Mata dan mulut jadi lupa untuk menatap AL QURAN. Jiwa jadi kosong dek sudah lama tidak menangis meratap dosa-dosa di sebelah malamnya. “Itu kekuatan para pejuang Islam ukhti, jangan lupa kita perlu contohi para pejuang Islam yang lalu”. Bagaimana hebatnya Salahuddian Al Ayubi menjadi Sang perindu cinta Illahi pada sepertiga malam. Beliau hanya akan membenarkan tentera yang zikir dan solat malam sahaja untuk turun berperang pada siang harinya. Sultan Muhammad Al fateh pembuka kota konstatinopel...dia adalah sebaik baik raja dan mempunyai sebaik baik tentera. Siang bak singa menentang kaum musyrikin dengan bersungguh membawa obor Islam. Malamnya, menjadi sang abid dengan dipenuhi dengan ibadah kepada ALLAH SWT. Terpegun penulis pada satu kisah tatkala Sultan Muhammad Al fateh ketika tentera Islam berjaya menawan kota konstatinopel. Ketika mencari imam untuk Masjid yang baru... Sultan Muhammad Al fateh tidak pernah tinggal solat Tahjud setelah akil Baligh.. ya itu kekuatan kita..Allah.. layakkah kita bergelar mujahid yang sejati, Jundullah yang Sejati...?
-SNS-



No comments:
Post a Comment